fbpx

Sindiket persundalan antarabangsa cuba bertapak di Terengganu lumpuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mazli (tengah) menyampaikan sijil penghargaan kepada seorang anggota polis pada Perhimpunan Bulanan IPK Terengganu, Kuala Terengganu, hari ini.

KUALA TERENGGANU – Sindiket persundalan antarabangsa yang cuba bertapak di Terengganu, berjaya dilumpuhkan polis menerusi operasi khas pada akhir bulan lalu.

Serbuan di beberapa hotel bajet di sekitar negeri ini pada 28 Disember lalu itu, berjaya menahan tujuh wanita warga asing disyaki ‘kupu-kupu malam’.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, wanita yang ditahan merupakan empat warga Thailand, Indonesia (dua) dan Laos (seorang) berusia dalam lingkungan 23 sehingga 45 tahun.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati empat suspek dipercayai menyalahgunakan dokumen perjalanan, manakala tiga lagi gagal mengemukakan pasport mereka selain menetap melebihi tempoh dibenarkan.

“Risikan sebelum itu percaya sindiket pelacuran antarabangsa tersebut cuba memasuki pasaran Terengganu yang merupakan antara lokasi pelancongan tumpuan negara ini.

“Mereka sudah mula menawarkan perkhidmatan di beberapa daerah seperti Dungun, Kemaman dan Kuala Terengganu,” katanya selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, di sini hari ini.

Mazli berkata, risikan juga percaya sindiket itu merancang untuk melebarkan aktiviti pelacuran mereka ke rangkaian pulau-pulau peranginan Terengganu sebaik musim tengkujuh berakhir tidak lama lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI