fbpx

Kertas siasatan ceroboh rumah MB Selangor dirujuk Timbalan Pendakwa Raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga suspek yang ditahan di kediaman rasmi MB Selangor, kelmarin.

SHAH ALAM – Kertas siasatan membabitkan tiga pengamal media sebuah syarikat tempatan yang menceroboh kediaman rasmi Menteri Besar (MB) Selangor akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR), esok.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, ia selepas pihaknya berjaya menyelesaikan siasatan terhadap ketiga-tiga suspek berusia 31 hingga 35 tahun itu dalam tempoh dua hari reman yang diberikan sebelum ini.

“Mereka diberikan jaminan polis dan siasatan telah selesai dalam tempoh reman diberi itu. Esok, kita akan rujuk kertas siasatan kepada TPR Selangor,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan tindakan tiga pengamal media sebuah syarikat tempatan menceroboh kediaman rasmi MB Selangor di Seksyen 7 di sini membawa padah apabila dicekup, kelmarin.

Penahanan ketiga-tiga suspek dilakukan pukul 7.30 petang bersama sebuah kereta jenis Proton Waja yang digunakan mereka.

Mereka memberi alasan untuk menghadiri satu mesyuarat yang diadakan di kediaman rasmi MB Selangor tetapi tidak mempunyai jemputan secara rasmi daripada pihak MB Selangor. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI