fbpx

Warga emas ditemui mati dalam kolam renang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Lelaki warga emas ditemui lemas dalam kolam renang di sebuah kondominium di Taman OUG, Jalan Puchong, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, polis menerima laporan kejadian pada pukul 6.04 petang.

Katanya, sepasukan polis ke lokasi dan mendapati mangsa lelaki berusia 73 tahun tidak sedarkan diri dan sudah dibawa keluar dari kolam renang oleh ahli keluarganya.

“Ketika kejadian, mangsa yang menghidap penyakit jantung kronik melakukan aktiviti renang sebagai terapi seperti disarankan pakar perubatannya.

“Hasil siasatan lanjut yang dijalankan polis tidak menemui sebarang unsur jenayah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mayat dituntut oleh pihak keluarga dan kematian diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Katanya, orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi sehingga menimbulkan kegusaran awam. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI