fbpx

[VIDEO] Sumandak Sabah selamba angkat tong gas berkasut tumit tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dimuat naik wanita terbabit di akaun TikToknya.

PETALING JAYA – Seorang wanita di Sabah ‘memukau’ perhatian orang ramai apabila menunjukkan kekuatannya mengangkat tong gas dengan memakai kasut bertumit tinggi.

Menerusi video yang dimuat naik oleh wanita itu di akaun TikToknya, @gugu.m05, kelihatan dia sedang berjalan menuruni tangga cerun sambil memegang tong gas dengan kedua-dua tangannya.

Apa yang mencuri perhatian pengguna media sosial adalah kekuatan luar biasa wanita itu, walaupun tubuhnya agak kecil molek.

“Awas sikit hampir terjatuh. Itulah siapa suruh pakai kasut tumit tinggi sambil angkat tong gas,” tulis wanita tersebut.

Difahamkan wanita itu merupakan salah seorang pekerja di sebuah gimnasium terletak di Kota Kinabalu.

Sehingga kini videonya mendapat 569,300 tontonan, 20,200 tanda suka dan 383 perkongsian.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang kagum melihat kekuatan wanita tersebut kerana kebiasaannya ia menjadi ‘tugas’ kaum lelaki.

“Kalau ni tong gas kosong pun masih dikira berat tu bagi orang perempuan angkat. Tapi sumandak Sabah memang keras bah,” komen Jai Man.

“Sumandak Sabah mana kau mau cari. Semua lawa-lawa pandai angkat tong gas,” komen Halka.

“Macam ringan je lihat dia angkat tong gas ni. Memang kagum dan kuat sekali,” komen Riduan. – KOSMO! ONLINE

@gugu.m05 Awas sikit sis terjatuh😭 siapa suruh pakai kasut tinggi angkat tong gas lagi kan 🤣 #sumandaksabah #sabahangirl #sabahanpeople #kitakitajugabaini #sumandaksabah #angkatgas #fyp #fypシ #soundfunny #bukankalengkaleng #soundviralfyp ♬ Ketawa – Cahaya cinta

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI