fbpx

Pemandu Singapura ‘kencing’ tepi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar foto tular memaparkan tindakan seorang lelaki warga Singapura membuang air kecil di tepi jalan berhampiran CIQ, Johor Bahru.

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki dipercayai warga Singapura membuang air kecil di tepi jalan berhampiran Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Bahru menerima kecaman orang ramai.

Kejadian itu tular menerusi perkongsian dua keping gambar di dalam aplikasi X memaparkan lelaki tersebut memberhentikan kenderaannya di tepi jalan sebelum ‘melepaskan hajat’ secara terbuka.

Aksi itu dipercayai dirakam pengguna jalan raya yang melalui kawasan berkenaan, baru-baru ini.

Sehubungan itu, rata-rata orang ramai membuat laporan kepada pihak berkuasa Singapura supaya mengambil tindakan terhadap individu terbabit.

“Okey, selesai buat laporan kepada polis Singapura. Tolong beritahu mereka supaya jangan buang air di Kompleks Kastam Johor Bahru,” kata IC0514.

“Perangai tak semenggah, ‘first world country’ (negara maju) katanya,” ujar Zarif.

“Nanti nak buat hantaran ke kumpulan Facebook Singapura. Terlalu maju sehingga buang air merata,” jelas Fazlie. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI