fbpx

Dua suspek ceroboh rumah di Taiping ditahan di Cheras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular menunjukkan dua orang lelaki menaiki sebuah kenderaan setelah memecah masuk sebuah rumah di Taman Bukit Mas, Taiping pada 2 Januari lalu. - Foto MEDIA SOSIAL

TAIPING – Dua suspek kes ceroboh rumah yang tular di media sosial pada 2 Januari lalu, ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, di sebuah kediaman di Cheras, Selangor pada pukul 11 pagi, hari ini.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Razlam Ab. Hamid berkata, kedua-dua suspek yang ditahan tersebut berusia 37 dan 47 tahun, serta mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan jenayah selain dadah.

“Ekoran penangkapan tersebut, pihak polis turut membuat rampasan sebuah kereta Honda City berwarna merah, beberapa peralatan pecah rumah, telefon bimbit dan beg tangan wanita serta mata wang asing.

“Permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah akan dibuat ke atas tangkapan tersebut di Mahkamah Majistret Taiping esok,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata, pihak polis menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes jenayah agar disalurkan kepada mereka bagi membantu membanteras kejadian jenayah di daerah Taiping khasnya.

Media sebelum ini melaporkan mengenai kejadian pecah rumah berkenaan yang berlaku di Taman Bukit Mas.

Rakaman kejadian tersebut yang dirakam dari papan pemuka sebuah kenderaan tular di media sosial yang mana ia menunjukkan kelibat dua lelaki keluar dari sebuah rumah untuk menaiki kenderaan bagi tujuan melarikan diri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI