fbpx

Mangsa bah di Johor berkurangan, 1,448 penduduk di 13 PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM Kluang meninjau keadaan banjir di Kampung Contoh Kahang, Kluang.

JOHOR BAHRU – Jumlah mangsa banjir di negeri ini semakin berkurang dengan seramai 1,448 penduduk daripada 375 keluarga di 13 pusat pemindahan sementara (PPS), setakat 4 petang tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, jumlah itu berkurangan berbanding 1,484 penduduk daripada 385 keluarga yang dicatatkan pada pukul 8 pagi tadi.

Katanya, kejadian banjir itu membabitkan daerah Kota Tinggi, Mersing, Kluang dan Johor Bahru.

“Kota Tinggi merupakan daerah paling terjejas dengan seramai 748 penduduk daripada 188 keluarga ditempatkan di tujuh PPS berbanding 723 orang daripada 180 keluarga dilaporkan pagi tadi.

“Turut mencatatkan peningkatan ialah mangsa banjir di Kluang yang bertambah kepada 77 orang daripada 26 keluarga yang ditempatkan di PPS Dewan MPK Kahang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azmi yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri berkata, keadaan banjir di Johor Bahru semakin pulih setelah jumlah mangsa berkurangan daripada 420 orang kepada 309 orang setakat ini.

Katanya, sebuah PPS di Dewan Kampung Sungai Tiram yang menempatkan seramai 64 mangsa banjir turut ditutup sebentar tadi.

“Mangsa banjir di Mersing juga turut berkurangan daripada 271 orang kepada 265. Jalan di Kampung Orang Asli Peta yang terputus hubungan sebelum ini sudah boleh digunakan kembali.

“Bagaimanapun, rakyat di kawasan terjejas dinasihatkan sentiasa bersedia setelah laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat berterusan berlaku di Mersing dan Kota Tinggi sehingga Ahad ini,” katanya.

Ujarnya, laporan sama turut menjangkakan hujan berterusan dijangka berlaku di Segamat, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI