fbpx

‘Mini Dhaka’ Kota Bharu pula kena serbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian warga asing yang dicekup di sebuah premis di Jalan Dato' Pati, Kota Bharu hari ini. Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/KOSMO!

KOTA BHARU – Seramai 238 warga asing dicekup dalam Ops Kutip yang dilancarkan Jabatan Imigresen (JIM) di kawasan yang terkenal sebagai ‘Mini Dhaka’ di pusat bandar Kota Bharu, di sini hari ini.

Timbalan Pengarah Imigresen Negeri (Pengurusan), Nik Akhtarulhaq Nik Abdul Rahman berkata, operasi itu dilaksanakan secara bersepadu dengan kawasan tumpuan adalah di sekitar Jalan Dato’ Pati merangkumi Hentian Bas Kota Bharu, hentian teksi dan Pasar Pokok Pinang.

Operasi dilaksanakan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Kelantan.

“Bertindak atas risikan Bahagian Penguatkuasa, JIM Kelantan menahan dan memeriksa warga asing di sekitar Kota Bharu. Dalam operasi ini kita berjaya menahan 122 warga Myanmar termasuk tiga wanita dan empat kanak-kanak,” katanya.

Nik Akhtarulhaq memberitahu, antara yang paling ramai ditahan dalam operasi itu adalah 76 lelaki warga Bangladesh, 14 lelaki dan seorang wanita warga Indonesia selain 13 lelaki Nepal.

Menurutnya, baki warga asing yang dicekup adalah lima lelaki dan seorang wanita warga Thailand, tiga lelaki warga Pakistan dan tiga lelaki warga India.

Nik Akhtarulhaq berkata, Ops Kutip yang dilaksanakan JIM Negeri Kelantan menumpukan titik-titik panas atau kawasan tumpuan warga asing seperti kes Mana Dhaka yang menggegarkan negara baru-baru ini.

Kesemua warga asing yang ditahan disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen sah dan tinggal lebih masa di Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI