fbpx

Bergaduh adik-beradik gara-gara ‘minah saleh’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang lelaki mengakui sudah hampir seminggu tidak bertegur dengan abang kembarnya gara-gara berebut kekasih.

Dia yang menggunakan akaun Facebook, Syukri Noah memaklumkan pergaduhan itu bermula sejak minggu lalu apabila kedua-duanya bercerita tentang perasaan masing-masing yang sedang ‘angau’ terhadap seorang gadis kacukan Malaysia-Australia.

Menurut Syukri, gadis tersebut merupakan kenalan kolej mereka dan dia bersama abang kembarnya sudah mula berkenan dengan ‘minah saleh’ itu sejak minggu orentasi lagi pada dua bulan lalu.

“Minggu lepas duduk sembang dengan abang kembar aku, saja borak soal perasaan masing-masing, mana tahu ada yang dah mula bercinta.

“Aku yang mulakan topik ini, aku minta abang kembar aku tunjuk gambar gadis yang dia minat dan aku pun buat perkara sama. Tak sangka pula dua-dua sedang berkenalan dengan gadis sama. Hancur hati aku, kalau fikir abang, rasa nak beralah sahaja, tapi aku pun dah mula rapat dengan dia (gadis kacukan).

“Entahlah, seminggu dah aku tak cakap dengan abang kembar aku, kalau tegur mesti naik suara. Sekarang pergi kolej pun asing, kalau dulu naik kereta sekali, sekarang aku pilih naik motor (motosikal) ke kolej,” kongsinya dalam satu hantaran baru-baru ini.

Pada masa sama, Syukri sempat bertanya kepada pengikutnya adakah mereka pernah melalui situasi yang sama sepertinya dan meminta pandangan untuk menyelesaikan perkara tersebut.

“Ada sesiapa pernah jadi perkara sama? Tak kisah la adik-beradik kah, kawan-kawan kah, tetapi suka pada gadis yang sama? Apa korang (anda) buat? Beralah untuk kawan anda atau berjuang sebab hati dah mula suka gadis tersebut?

“Ya, dengar macam benda bod**, tetapi soal perasaan ini tak boleh buat main, aku yang hadap, aku yang buntu,” luahnya.

Di ruangan komen, ada pengguna lain yang menitipkan pesanan kepada pasangan kembar tesebut agar tidak terus bermusuh disebabkan berebut perempuan kerana ia dilihat sebagai tindakan sia-sia.

“Tak ada guna adik-beradik bergaduh sebab perempuan, baru kalian berdua suka, belum tentu perempuan itu suka kalian semula. Baik teruskan berkawan sahaja, dan pulihkan hubungan adik beradik semula. Lagi berfaedah,” pesan Noor.

“Alamak, penangan ‘minah saleh’ sampai angau kembar dua ini. Kalau kau jadi kau, aku terus tanya perempuan itu, suka aku atau suka kembar aku, senang cerita, kalau simpan perasaan lama-lama, tapi orang itu tak suka lagi sakit…” komen Ajzali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI