fbpx

Sayang anak angkat hidap celebral palsy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurul Aneesa (kanan) dan Mohd. Syafiq memohon bantuan bagi menampung perbelanjaan Adell Sofea ketika ditemui di Kampung Baru Paroi, Seremban baru-baru ini.

SEREMBAN – Sepasang suami isteri sanggup berdepan ujian menyara anak istimewa biarpun mereka sendiri hanya cukup-cukup makan dan serba kekura­ngan.

Bukan itu sahaja, Nurul ­Aneesa Mohd. Zainal, 33, dan Mohd. Syafiq Ismail, 30, memberikan kasih sayang sepenuh­nya kepada Adell Sofea Fairuz Abdul Nur, 6, walaupun dia ha­nya anak angkat yang menghidap penyakit cerebral palsy.

Cerebral palsy atau lumpuh otak adalah sekelompok gangguan yang mempengaruhi gerakan dan koordinasi otot.

Kata Nurul Aneesa, dia mahu terus membela anak angkatnya itu sebaik mungkin walaupun dia hidup serba kekurangan dengan pendapatan suaminya sebagai tukang urut tidak menentu.

“Kami jaga dia sejak berusia sembilan bulan kerana mahu membantu ibunya yang ingin menyambung pelajaran pada 2017. Ketika itu saya kerap keguguran dan tidak sangka wanita yang saya kenal melalui seorang kawan itu gagal dihubungi sehingga kini.

“Sejak itu kami terus menjaga seperti anak sendiri sehinggalah dia tiba-tiba mengalami demam panas. Pada mulanya kami tidak tahu penyakit itu tetapi lama kelamaan apabila melihat pembesarannya terbantut dan menjalani rawatan, baru saya tahu dia tidak normal,” katanya ketika ditemui di Kampung Baru Paroi di sini.

Menurut Nurul Aneesa, kekurangan Adell Sofea hanya menambahkan kasih sayangnya terhadap kanak-kanak itu.

Tambahnya, Adell Sofea tidak boleh memakan makanan berasaskan beras dan pernah dimasukkan ke unit rawatan rapi selepas diberi makan bubur se­perti disarankan doktor.

“Akibat itu, Adell Sofea me­ngalami pelbagai komplikasi dalam badan hingga membuatkan saya tidak keruan dan sakit mengenangkan hal itu,” katanya.

Malangnya ujar Nurul Aneesa, tidak tidak mempunyai dokumen pengesahan sebagai ibu angkat yang menyukarkan dia hendak memohon bantuan bagi menampung perbelanjaan Adell Sofea dan keluarganya.

“Saya harap ada pihak yang sudi memudahkan urusan saya demi anak syurga saya ini,” katanya.

Orang ramai atau mana-mana pihak yang ingin membantu boleh menghulurkan sumbangan menerusi akaun AmBank, 8881013818104 atas nama Nurul Aneesa atau boleh menghungi­nya di talian 011-6066 6541.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI