fbpx

Lelaki ditahan bantu siasatan penemuan mayat pengawal keselamatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelalki dipercayai suspek kes bunuh pengawal keselamatan diberkas di Kampung Manjoi, Ipoh hari ini. - Foto IHSAN PDRM

IPOH – Seorang lelaki berusia 31 tahun ditahan di Kampung Manjoi pukul 1.45 tengah hari tadi bagi membantu siasatan penemuan mayat seorang pengawal keselamatan di tapak perkhemahan dekat Gunung Lang di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, uspek yang merupakan penganggur mempunyai 10 rekod lampau bersabit kes jenayah dan narkotik selain pernah menerima rawatan psikitri di Hospital Bahagia Ulu Kinta.

“Hasil ujian saringan air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine. Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh esok, bagi permohonan reman,” katanya di sini hari ini.

Menurut Yahaya, penemuan mayat oleh orang awam itu dilaporkan kepada polis pada pukul 2.30 pagi dan mangsa yang merupakan warga tempatan dijumpai terbaring dalam keadaan berlumuran darah di tepi pagar tapak perkhemahan berkenaan.

“Siasatan awal mendapati mangsa yang berusia 41 tahun bertugas sebagai pengawal keselamatan di tapak perkhemahan itu.  Hasil bedah siasat mendapati punca kematian akibat penyakit jantung dengan kecederaan disebabkan objek tumpul dan tajam.  Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI