fbpx

Tetap bersemangat ke sekolah biar pakaian seragam musnah dalam banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian murid berpakaian biasa untuk ke sekolah di SK Kampung Permaisuri, Setiu hari ini.

SETIU – Sebahagian besar murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Besut, Permaisuri di sini kembali sekolah untuk sesi penggal persekolahan baharu hari ini dengan berpakaian biasa.

Rata-rata mereka memakai baju T dan berseluar trek sukan setelah pakaian seragam sekolah masing-masing musnah dalam bencana banjir gelombang ketiga yang baru berakhir pada kelmarin.

Seorang bapa, Mohd. Ariff Deraman, 44, lega dengan kelonggaran dalam etika berpakaian sekolah diberikan Kementerian Pendidikan (KPM).

“Terima kasih atas budi bicara tersebut. Kami memang terjejas teruk dengan banjir baru-baru sehingga tiada pakaian seragam sekolah yang sempat diselamatkan.

“Bukan semua ibubapa mampu menggantikan pakaian seragam sekolah tersebut sekaligus apatah lagi kami baru bangkit daripada musibah,” katanya ketika menghantar anaknya ke SK Kuala Besut, Permaisuri di sini hari ini.

Kosmo! 31 Disember lalu melaporkan murid dan pelajar terjejas banjir di negeri ini diberi kelonggaran untuk berpakaian biasa ke sekolah.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI