fbpx

Projek Pusat Terengganu dipantau Majlis Tindakan Pembangunan Negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Khaled (dua dari kiri) menyerahkan replika kunci sebagai simbolik projek Rumah Kasih Ilhan kepada Noriani (kanan) di Manir, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Terengganu akan memastikan semua projek pembangunan menggunakan peruntukan Kerajaan Persekutuan memberi manfaat secara terus kepada rakyat negeri ini.

Pengerusi Bersama Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Terengganu, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, semua projek diluluskan juga ditetapkan menetapi kehendak rakyat negeri berkenaan.

“Saya telah dilantik pada Februari lalu sebagai Pengerusi Bersama Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Terengganu mewakili kerajaan Pusat. Seorang lagi pengerusi ialah Menteri Besar Terengganu (Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar).

“Ia bukti kerajaan pusat tetap menunaikan tanggungjawab menyediakan peruntukan besar yang disalurkan terus kepada rakyat (Terengganu),” katanya di Kampung Dusun Tembakau, Manir di sini hari ini.

Terdahulu beliau yang juga Pengerusi Bersama Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Terengganu menyerahkan projek Rumah Kasih Ihsan kepada seorang ibu tunggal, Noriani Jaafar @ Hitam, 55.

Mohamed Khaled menjelaskan Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Terengganu juga berperanan memastikan segala perancangan dan pelaksanaan projek dan program yang diluluskan menetapi dasar dan pendekatan kerajaan Pusat.

Jelas beliau, sebanyak 395 projek termasuk 99 baharu dan 296 sambung telah diluluskan kerajaan Persekutuan dengan peruntukan RM1.59 bilion kepada Terengganu pada tahun ini.

“Antara projek-projek utama tersebut ialah Hospital Dungun dan Hospital Kaman serta Jambatan Marang melibatkan peruntukkan RM397 juta.

“Selain itu, ia turut melibatkan projek pemuliharaan muara Sungai Dungun, Setiu dan Besut serta hakisan pantai,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI