fbpx

Kakitangan Veterinar Terengganu didakwa kemuka tuntutan palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Hisham (kanan) didakwa mengemukakan tuntutan palsu selenggara kenderaan JPV Terengganu di Mahakamah Sesyen Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seorang kakitangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan membuat tuduhan palsu melibatkan kerja-kerja selenggara dan alat ganti kenderaan jabatan bernilai keseluruhan RM8,578.69 pada tahun 2019 dan 2020.

Tertuduh, Mohd. Hisham Daud, 46, yang bertugas sebagai Penolong Pegawai Veterinar Terengganu membuat pengakuan tidak bersalah sebaik semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Azhar Othman.

Berdasarkan keempat-empat pertuduhan, tertuduh didakwa meluluskan dokumen mengandungi butiran kerja-kerja membekal alat ganti dan menyelenggara kenderaan jabatan
kepada sebuah syarikat bengkel membaiki dan selenggara kenderaan yang sebenarnya tidak pernah dilakukan.

Kesemua dokumen yang diluluskan Mohd. Hisham itu masing-masing berjumlah RM1,615.20, RM1,574.09, RM3,808.10 dan RM1,581.30.

Perbuatan berkenaan didakwa, dilakukan tertuduh di pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar Terengganu di sini antara Mac 2019 sehingga Jun 2020.

Dia didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda daripada nilai tuntutan palsu atau RM10,000, mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mariah Omar dan Pegawai Pendakwa SPRM, Nur Raihan Mohd. Yusof manakala tertuduh pula tidak diwakili peguam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI