fbpx

Lelaki Orang Asli rentung dalam kereta terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki Orang Asli ditemui rentung dalam kereta yang terbakar di Batu 23, Jalan Pahang, Tapah semalam. - Foto JBPM

TAPAH – Seorang lelaki Orang Asli ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah kereta di Jalan Batu 23, Jalan Pahang di sini semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 10.04 malam.

“Ketika anggota dan jentera tiba di lokasi kejadian, kebakaran kereta itu telah pun dipadamkan oleh orang awam. Kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Proton Saga yang musnah terbakar dianggarkan sebanyak 50 peratus.

“Terdapat seorang lelaki Orang Asli berada di tempat duduk belakang dan mangsa berusia 50 tahun itu ditemui dalam keadaan rentung,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, ketua operasi segera menjalankan penilaian risiko di lokasi kejadian dan mengambil maklumat sebelum membantu mengeluarkan mayat mangsa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Mohd. Naim Asnawi berkata, mayat mangsa yang dikenali sebagai Bading Bah Yek, 59, dihantar ke hospital untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

“Lokasi kejadian merupakan kawasan kampung Orang Asli di Batu 23. Setakat ini, kita buka siasatan mati mengejut sehingga mengetahui punca kematian berdasarkan proses bedah siasat nanti,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI