fbpx

Barcelona sedia tawar jersi No.10

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARCELONA sedia menawarkan jersi No.10 yang pernah digunakan Messi kepada Greenwood jika bersetuju menyertai mereka selepas ini. – AFP

BARCELONA – Juara Sepanyol, Barcelona dilaporkan sedia menawarkan jersi ikonik nombor 10 milik legenda pasukan itu, Lionel Messi kepada penyerang Manchester United, Mason Greenwood.

Greenwood, 22, ber­aksi secara pinjaman dengan Getafe sehingga akhir musim ini, namun ia sama sekali tidak menghalang­nya untuk menampilkan pres­tasi memukau bersama kelab La Liga tersebut.

Penyerang muda itu berjaya meledak tiga gol dan mencipta empat bantuan jaringan dalam 14 penampilan La Liga yang menyaksikan Getafe berjaya menghuni kedudukan kelapan ketika ini.

Kecemerlangan itu telah menarik minat The Catalans yang ketika ini dikatakan bersedia untuk mendapatkan khidmat bekas penyerang England tersebut dengan yuran perpindahan bernilai £40 juta (RM234.16 juta).

Bagi memastikan Greenwood tertarik untuk beraksi di Camp Nou, Barcelona turut didakwa menawarkan peluang kepada­nya untuk memakai jersi No.10 milik Messi yang kini kosong dan tidak digunakan oleh mana-mana pemain.

Ia susulan keputusan bakat muda Sepanyol, Ansu Fati yang menggunakan nombor itu sebelum ini, memilih untuk berhijrah menyertai Brighton secara pinjaman sehingga Jun depan.

Ketua jurulatih Barcelona, Xavi Hernandez dikatakan terdesak untuk mendapatkan pemain baharu di bahagian serangan memandangkan pasukannya ketika ini berada di tangga ketiga La Liga.

Sebagai rekod, Barcelona kini mengumpul 38 mata selepas mengharungi 18 perlawanan, ketinggalan tujuh mata di belakang Real Madrid dan Girona yang berkongsi mata di tangga pertama serta kedua. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI