fbpx

Bapa kandung tak jenguk? – ‘Tak mengapalah, yang penting Seth gembira’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHILA Amzah gembira melihat perkembangan anak kesayangannya, Seth Uwais yang kini sudah masuk alam persekolahan.

PETALING JAYA – “Tidak mengapalah yang penting sekarang Seth gembira. Doakan yang baik-baik.”

Demikian respons penyanyi Shila Amzah apabila seorang peminat bertanya mengenai bapa kandung putera tunggalnya, Seth Uwais, 5, iaitu Haris Idraki Elias.

“Maaf bertanya, bapa kandung Seth memang tidak jenguk anak diakah?,” soal individu terbabit.

Pertanyaan itu diajukan selepas Shila atau nama sebenarnya, Nurshila Amir Amzah, 34, memuat naik video keterujaan Seth memulakan sesi persekolahan hari ini.

Momen tersebut menyentuh hati pelantun lagu Patah Seribu itu yang sebak dan gembira melihat perkembangan buah hatinya itu.

“Hari pertama sekolah buat Seth. Normal mak-mak feeling sedih tetapi saya sangat gembira dengan peristiwa penting ini.

“Dia terlalu teruja sampai berlari masuk sekolah tadi. Mama dan papa pula yang sedih,” katanya.

Dalam masa sama, anak kepada penyanyi veteran Datuk ND Lala itu kagum dengan peningkatan yang ditunjukkan Seth yang kini semakin bijak melakukan banyak perkara.

Shila turut menitipkan doa agar segala urusan permata hatinya itu dipermudahkan.

“Inilah prosesnya. Dari tidak bercakap langsung, tak pandai dengar arahan, tidak faham sekarang alhamdulillah dia semakin bijak.

“Semoga Seth Uwais terang hati dan dapat belajar benda baharu di sekolah. Mama dan papa sayangkan awak,” ujarnya lagi.

Hari ini, Shila bersama suaminya iaitu Ubai menghantar Seth yang berusia lima tahun ke sekolah.

Seth Uwais merupakan anak hasil perkahwinan Shila dan bekas suaminya, Haris Idraki Elias. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI