fbpx

Warga sekolah digalak pakai pelitup muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kah Woh menghadiri Program Semarak Taiping 150 di Dataran Warisan Taiping malam tadi. - Foto oleh WAT KAMAL ABAS / KOSMO!

TAIPING – Kementerian Pendidikan (KPM) mengalakkan warga pendidik serta pelajar dan murid di seluruh negara untuk memakai pelitup muka dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 sebagai usaha membendung penularan jangkitan itu.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, pihak KPM telah memberikan makluman berhubung perkara itu kepada semua sekolah-sekolah di seluruh negara pada April lalu.

“Dua perkara yang KPM tegaskan ialah, yang pertama mengalakkan pemakaian pelitup muka kepada semua warga sekolah iaitu pendidik dan juga pelajar serta murid untuk mematuhi SOP yang telah dikeluarkan.

“Keduanya ialah melakukan ujian kendiri di rumah sekiranya bergejala dan jika hasil ujian itu negatif, maka bolehlah datang ke sekolah untuk meneruskan pembelajaran,” katanya

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Semarak Taiping 150 bertempat di Dataran Warisan Taiping disini malam tagi.

Seramai hampir 10,000 orang membanjiri Dataran Warisan sempena Program yang diadakan.

Menurut Wong, sekiranya berlaku penularan Covid-19 yang serius, pihak KPM akan segera mendapatkan nasihat daripada KKM berkenaan langkah tindakan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI