fbpx

Orang kurang derma darah pada musim tengkujuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah seorang individu yang menderma darah di HSNZ, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Kadar pendermaan darah di Terengganu merosot kira-kira 20 peratus sepanjang musim tengkujuh bermula sejak pertengahan Oktober lalu.

Ketua Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Dr. Mohd. Muhaimin Kambali berkata, kekurangan tersebut disebabkan negeri ini dilanda tiga gelombang banjir termasuk terbaharu yang baru berakhir kelmarin.

“Kemerosotan individu tampil menderma darah pada musim tengkujuh ini sudah dijangka.

“Apapun, Pusat Darah Terengganu tetap proaktif menganjurkan kempen derma darah di lokasi-lokasi tidak terjejas banjir sepanjang tempoh Monsun Timur Laut (MTL) ini,” katanya ketika ditemui di HSNZ di sini hari ini.

Mohd. Muhaimin berkata, walaupun bilangan penderma berkurangan, bekalan darah di Terengganu tetap stabil.

Jelas beliau, Pusat Darah Terengganu berjaya mengumpul 20,000 beg darah menerusi penganjuran pelbagai kempen sejak awal tahun.

“Bekalan darah di negeri ini bukan sahaja mencukupi malah kita mampu menyumbang kepada Pahang.

“Sehubungan itu, kempen derma darah bagi tahun ini akan digiatkan dengan sasaran baharu, 22,000 beg menjelang akhir tahun ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI