fbpx
RASHFORD meledak gol tunggal buat United dalam kekalahan 1-2 kepada Forest di City Ground awal pagi semalam. – AFP

Man. United mampu bangkit – Ten Hag

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Sekalipun tewas 1-2 kepada Nottingham Forest pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi semalam, namun pengurus Manchester United, Erik Ten Hag percaya beliau adalah pengendali paling tepat mengetuai pasukan untuk jangka panjang.

Di sebalik prestasi buruk The Red Devils, Ten Hag, 53, yakin beliau masih lagi mampu memberikan keyakinan kepada para peminat dan tidak sabar untuk menjalin kerjasama hebat dengan Sir Jim Ratcliffe.

“Mereka mengenali saya dan mereka juga tahu sekiranya saya memiliki skuad terbaik, sudah pasti keputusan baik juga akan hadir. Kami sudah membuktikan menentang pasukan teratas dan kami sebenarnya mampu bersaing.

“Saya percaya kami mampu meningkatkan mutu pasukan serta tampil lebih konsisten. Ini adalah sebahagian daripada projek dan pastinya saya yang akan memimpin pasukan untuk melaksanakan semua proses itu,” katanya.

Dalam aksi di City Ground, Forest membuka tirai jaringan menerusi Nicolas Dominguez pada minit ke-64 sebelum Marcus Rashford menyamakan kedudukan buat United berse­lang 14 minit kemudian.

United terpaksa akur pulang ke Manchester dengan tangan kosong selepas Morgan Gibbs-White meledak gol kemenangan Forest pada minit ke-82.

Ten Hag hanya mahu kekal positif kerana masih berkeyakinan tinggi prestasi pasukannya akan berubah sebaik pemain-pemain cedera kembali pulih.

Ini adalah kekalahan kesembilan United dalam 20 perlawanan awal EPL dan pengurus dari Belanda itu terpaksa mengakui, barisan pertahanannya tidak berada pada tahap terbaik. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN