fbpx

Lori bawa gerabak kereta api terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Trak itu terbabas dan melanggar pagar Jambatan Lohiya. - ournet

NEW DELHI, India – Sebuah lori yang mengangkut gerabak kereta api terlibat dalam satu kemalangan di negeri Bihar semalam, lapor portal berita Mint.

Nahas berhampiran Jambatan Lohiya, dekat stesen kereta api Bhagalpur itu turut menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk.

“Kejadian berlaku apabila lori yang membawa gerabak itu hilang kawalan lalu melanggar salah satu pagar Jambatan Lohiya,” kata polis.

Tiada kecederaan atau kematian dilaporkan dalam kejadian itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI