fbpx

Lelong toto Siam RM20

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian toto, karpet dan alas tidur yang ditenggelami banjir dijual lelong di sebuah premis di Rantau Panjang kelmarin.

RANTAU PANJANG – Bencana banjir yang melanda daerah ini sejak minggu lalu memaksa seorang peniaga melelong hampir kesemua karpet dan tilam toto yang dijual di premisnya pada harga serendah RM20.

Pemilik perniagaan Wafa Berkat Enterprise, Nasir Gulbaz, 40, berkata, dia terpaksa melelong barangan itu selepas kedainya terjejas akibat banjir.

Menurutnya, jualan lelong itu adalah langkah terbaik untuk mereka meminimumkan jumlah kerugiannya.

“Jika tidak buat jualan lelong, kemungkinan besar saya akan menanggung kerugian lebih besar. Saya tidak tahu sampai bila jualan ini akan dijalankan dan mungkin sehingga stok habis,” katanya ketika ditemui semalam.

Nasir memberitahu, ini merupakan kali kedua premisnya dinaiki air selepas tragedi bah kuning pada 2014 yang menyebabkan dia mengalami kerugian RM200,000 ketika itu.

Katanya, dia menjual cadar dan alas tidur pada harga RM20 untuk tiga unit selain memberi percuma bantal-bantal yang terendam di dalam air kepada pelanggan.

ANTARA pelanggan yang datang untuk membeli karpet.

Sementara itu, seorang pe­ngunjung, Siti Syahidah Ahmad Razali, 40, berkata, dia tahu mengenai jualan itu melalui Facebook sebelum terus me­ngajak suaminya untuk mencari beberapa barangan kelengkapan rumah.

“Kami datang dari Machang dengan hajat mencari bara­ngan seperti sejadah dan karpet. Kami ambil peluang melalui jualan murah ini kerana kadar harga ditawarkan jauh lebih rendah berbanding harga sebenar di pasaran,” katanya.

Seorang lagi pengunjung, Norhidayu Yusof, 31 memberitahu, dia datang dari Baung Bayam, Kota Bharu bersama ibunya, Membunga Dollah, 70 dan dua adiknya selepas mendapat tahu berkenaan jualan berkenaan melalui media sosial.

“Saya sebenarnya baru balik dari Negeri Sembilan dan mendapat tahu berkenaan jualan ini secara kebetulan apabila ia tular di media sosial. Jadi, saya terus bawa ibu dan dua adik datang ke sini.

“Kami datang berempat dengan setiap orang beli tiga cadar. Cuma ibu beli tiga cadar dan satu karpet. Perbelanjaan keseluruhan bagi semua barangan adalah RM95 dan sememangnya jauh lebih murah daripada harga pasaran,” katanya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI