fbpx

Jeti Nam Heng akibat tercemar akibat tumpahan minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEGAWAI penguatkuasa JAS Johor mengambil sampel air di kawasan dipercayai tercemar akibat tumpahan minyak di Jeti Nam Heng, Sungai Tiram, Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Pencemaran yang dilaporkan berlaku di Jeti Nam Heng, Sungai Tiram di sini dipercayai disebabkan tumpahan minyak di sekitar kawasan tersebut.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor, Dr. Mohd. Famey Yusoff berkata, masalah pencemaran terbabit disedari nelayan di kawasan berkenaan, sejak Sabtu lalu.

Menurut beliau, nelayan mendakwa minyak yang mengalir itu berpunca daripada sebuah kapal yang sedang dalam proses kerja-kerja fizikal.

“Pasukan Penguatkuasa JAS Johor telah menjalankan siasatan di lokasi tersebut semalam (kelmarin) dan mengenal pasti kewujudan minyak di kawasan sekitar jeti itu.

“Bagaimanapun, tiada pekerja yang dikesan sedang bekerja di lokasi itu ketika pemeriksaan dibuat. Arahan juga sudah dikeluarkan kepada pihak bertanggungjawab terhadap kapal itu bagi menjalankan kerja pembersihan minyak di kapal dan sekitar kawasan yang terkesan dengan tumpahan minyak.

“Kawalan tumpahan minyak di permukaan sungai akan dilakukan,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial beberapa keping gambar yang menunjukkan permukaan air di kawasan jeti berkenaan berminyak dan berwarna kehitaman.-KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI