fbpx

EPL: Newcastle idam kejutan di Anfield

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyerang sensasi, Alexander Isak (kanan) bakal menjadi taruhan utama Newcastle pada jentera serangan kali ini. - Foto ihsan Newcastle United

LONDON – Pengurus Newcastle United, Eddie Howe bersedia untuk menutup mulut pengkritik dengan melakar keputusan positif pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) bertemu Liverpool di Stadium Anfield awal pagi esok.

Sebagai rekod, The Magpies dilanda kemelut prestasi apabila tewas empat perlawanan dalam lima aksi terakhir liga ketika ini selain turut tersingkir dalam pentas Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dan Piala Liga Inggeris (EFL) musim ini.

Kata Howe, keputusan semasa tidak menghalang pasukannya untuk kekal bermotivasi menjelang perlawanan menentang The Reds nanti, sekali gus memulakan tirai tahun 2024 dengan langkah kanan.

“Saya tahu apa yang sedang dialami pasukan sejak beberapa perlawanan lepas dan sudah tentu kami wajar dikritik. Namun, aksi yang bakal ditempuh menentang Liverpool adalah medan terbaik buat pemain menutup mulut pengkritik mereka.

“Saya lihat pasukan cukup bermotivasi untuk berikan yang terbaik di atas padang dalam usaha meraih keputusan yang diharapkan. 

“Namun, kita sedar dengan kualiti yang ada pada Liverpool kerana mereka pasukan yang hampir sempurna dan cukup konsisten pada musim ini. 

“Bukan tugas yang mudah untuk mencuri mata terutama di gelanggang keramat mereka, tetapi apa sahaja boleh berlaku. Jika pemain berada tahap terbaik, saya yakin kami boleh melakukannya,” katanya.

Sebagai rekod, Newcastle ketika ini berada pada kedudukan kesembilan dengan 29 mata hasil sembilan kemenangan daripada keseluruhan 19 perlawanan setakat ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI