fbpx

Bunuh majikan guna tukul besi selepas dimaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LOKASI mangsa dibunuh pekerjanya di ladang kelapa sawit di Paya Rumput, Melaka.

MELAKA – Seorang lelaki diberkas polis selepas dipercayai membunuh majikannya yang juga warga emas menggunakan tukul besi gara-gara berang dimaki mangsa di kebun kelapa sawit di Paya Rumput, di sini, dua minggu lalu.

Suspek berusia 25 tahun yang merupakan warga Indonesia kemudian dikesan melarikan diri ke Klang, Selangor dan bersembunyi di asrama rakannya sebelum dicekup kira-kira pukul 4 pagi pada 30 Disember.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kejadian itu terbongkar selepas anak mangsa berusia 39 tahun membuat laporan polis susulan tidak dapat menghubungi bapanya berusia 71 tahun.

“Sepasukan polis pergi ke sebuah pondok di ladang tersebut untuk memeriksa dan menemui mangsa dalam keadaan tidak bernyawa.

“Kita kemudian mengesan pekerja si mati melarikan diri ke Klang, Selangor dan berjaya memberkasnya di dalam bilik tidur sebuah asrama,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, hasil soal siasat suspek mengaku telah membunuh mangsa menggunakan tukul besi kerana berang dimaki lelaki itu ekoran dia tidak menyiapkan kerja.

“Suspek kemudian mengheret si mati masuk ke dalam bilik lalu mengambil barang peribadinya seperti beg dompet, kereta dan telefon bimbit. Dia kemudian memandu kereta mangsa sehingga ke Rembau sebelum kehabisan minyak dan menaiki bas untuk ke Klang,” ujarnya.

Katanya, suspek direman selama tujuh hari sehingga 6 Januari depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI