fbpx

93 kali derma darah, Pengarah APM Pahang teruskan misi solo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Che Adam (kiri) menerima sijil penghargaan daripada Muhaimin selepas menderma darah buat kali ke-93 di HSNZ, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A. Rahman meneruskan rutin memulakan tahun baharu dengan menderma darah.

Pada tahun lalu, beliau diiktiraf Pusat Darah Negara sebagai individu pertama yang menderma darah pada tahun 2023.

Che Adam berkata, aktiviti menderma darah di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini semalam merupakan sebahagian daripada misi solonya, Derma Darah Tanpa Sempadan.

“Saya berazam untuk menderma darah di 16 hospital utama di setiap negeri dan wilayah sebagai inisiatif menggalakkan individu lain turut berbuat demikian.

“Saya telah memulakan misi solo tersebut sejak September lalu dan HSNZ merupakan hospital ketiga selepas Kuantan, Pahang dan Kota Bahru, Kelantan,” katanya selepas menderma darah di HSNZ di sini hari ini.

Beliau yang sudah 93 kali menderma darah turut menerima sijil penghargaan daripada Ketua Unit Transfusi Darah HSNZ, Dr. Muhaimin Kambali.

Che Adam menyasar dapat menyempurnakan misi, Derma Darah Tanpa Sempadan tersebut di seluruh negara selewat-lewatnya pada tahun 2026.

Beliau berharap inisiatif dilakukannya dapat membuka mata masyarakat untuk lebih kerap menderma darah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI