fbpx

146 saman dikeluarkan di P. Pinang pada sambutan tahun baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 146 saman dikeluarkan JPJ Pulau Pinang dalam Ops Motosikal Bersepadu sempena Tahun Baharu 2024 di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu, pagi tadi.

GEORGE TOWN – Sebanyak 146 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam Ops Motosikal Bersepadu sempena sambutan tahun baharu 2024 di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu (E-Gate) di sini, awal pagi tadi.

JPJ dalam satu kenyataan berkata, operasi itu dijalankan dari pukul 1 hingga 5 pagi dengan kekuatan anggota seramai 15 orang.

”Sepanjang operasi ini diadakan, sebanyak 315 buah motosikal telah diperiksa, sebanyak 110 penunggang motosikal dikenakan tindakan dengan jumlah keseluruhan 146 notis saman dan teknikal telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

“Antara kesalahan yang dikesan antaranya tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor ( LKM ) tamat tempoh serta tiada perlindungan insuran, nombor pendaftaran ‘fancy dan extreme’, tiada cermin sisi dan ubahsuai motosikal tanpa kebenaran,” katanya di sini, hari ini.

Menurut JPJ, operasi motosikal itu dijalankan untuk memastikan penunggang dan pembonceng motosikal mematuhi peraturan dan undang-undang.

”Ia juga untuk memastikan motosikal mereka tidak diubah suai untuk tujuan lumba haram, uji kelajuan atau rempit,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI