fbpx

Selangor juara Liga Jelajah Juara e-Sukan Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramai atlet e-Sukan tanah air sertai Liga Jelajah Juara E-Sukan Malaysia yang berakhir semalam.

PETALING JAYA – Pasukan e-Sukan negeri Selangor muncul juara keseluruhan kejohanan Liga Jelajah Juara e-Sukan Malaysia musim pertama yang berakhir semalam.

Kejohanan yang diadakan buat kali pertama itu bertujuan memberikan pengalaman kepada semua peserta merasai suasana kejohanan bertaraf kebangsaan.

Saingan ini telah disertai oleh pasukan-pasukan Mobile Lagend Bang Bang (MLBB) bawah dari 16 negeri selain wilayah persekutuan yang diadakan secara langsung di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil bermula dari 25 hingga semalam

Kejohanan ini turut menawarkan acara bola sepak 7 sebelah yang juga disertai oleh peserta-peserta yang sama.

Pegawai Eksekutif MSN, Mohd Syazwan bin Mohd Hanafie berkata, kejohanan itu mencapai objektif yang diharapkan dalam usaha melahirkan juara baru dan menjadi pemain e-sukan profesional satu masa nanti.

“Kejohanan Jelajah Juara E-Sukan Malaysia ini adalah kejohanan yang julung kali di adakan yang membabitkan 13 negeri dan tiga wilayah persekutuan.

“Pemain terbabit berumur 17 tahun ke bawah dan dipilih sendiri bagi mewakili persatuan e-sports negeri masing-masing,” katanya. – KOSMO! OLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI