fbpx

‘Selepas 8 hari, baru tahu tunang sudah tiada’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAGHRIBI menangis selepas dimaklumkan kematian tunangnya, Munirah.

PETALING JAYA – Selepas lapan hari kematian Allahyarham Munirah Mohamad, tunangnya akhirnya telah dimaklumkan mengenai pemergiannya menerusi panggilan video bersama ibu wanita tersebut.

Maghribi Ghazali, 24, yang sedang mengikuti latihan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di Port Dickson, Negeri Sembilan telah dikhabarkan mengenai kematian Allahyarham Munirah yang maut selepas motosikal yang dinaiki merempuh belakang lori rosak.

Dalam video yang dimuat naik kakak Munirah di TikTok, Maghribi menangis sewaktu berita itu disampaikan kepadanya. “Mak ‘video call’ dengan tunang adik yang sedang rekrut di Port Dickson.

“Akhirnya selepas lapan hari adik meninggalkan kami, barulah tunang tahu berita yang sangat berat ini.

“Al-Fatihah untuk adikku sayang dan semoga Ibiey (Maghribi) pun kuat menempuh hidup tanpa Munirah. Insya-Allah adik Munirah dah tenang di sana,” katanya pada hantaran video tersebut hari ini.

GAMBAR kenangan Allahyarham Munirah (tengah) ketika majlis pertunangan sebelum ini.

Baru-baru ini Kosmo! melaporkan, Munirah, 24, maut dalam kejadian di Kilometer 118.5, Lebuh Raya Utara Selatan, Kepala Batas, Pulau Pinang pada pukul 9.40 malam, 22 Disember lalu.

Mangsa dikatakan sempat meminta pengguna jalan raya di situ menghubungi bapanya untuk memaklumkan kejadian tersebut.

Hari ini akhbar Kosmo! melaporkan, Faridah, 23, iaitu adik Maghribi hanya mengharapkan kekuatan ketika bercadang untuk memaklumkan kepada abangnya mengenai kematian Munirah baru-baru ini.

Faridah dipetik berkata, dia bercadang memaklumkan kejadian itu hari ini, malah dia tidak dapat membayangkan reaksi dan perasaan abangnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI