fbpx

Penunggang motosikal cedera rempuh pejalan kaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular penunggang motosikal gagal mengelak pejalan kaki yang melintas di Jalan Prima Gombak, Baru Caves, kelmarin.

GOMBAK – Seorang penunggang motosikal cedera selepas gagal mengelak pejalan kaki yang melintas secara tiba-tiba jalan di Prima Sri Gombak, Batu Caves, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, kemalangan membabitkan dua individu itu berlaku pada pukul 3.45 petang.

Katanya, siasatan mendapati lelaki tempatan berusia 27 tahun sedang menunggang motosikal dari arah Keramat menghala ke Taman Sri Gombak.

“Setibanya di lokasi, tiba-tiba seorang pejalan kaki telah melintas jalan dan penunggang motosikal yang tidak sempat mengelak telah merempuh pejalan kaki itu.

“Kejadian tersebut menyebabkan kedua-dua mereka terjatuh dan penunggang motosikal mengalami kecederaan ringan di bahu, kaki, dan tangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ekoran kejadian ini, Noor Ariffin meminta agar mangsa dan pemilik rakaman papan pemuka (dashcam) tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak untuk membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Rule 41 LN 167/59. Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Suharman Che Musa di talian 019-6751727 atau bilik gerakan IPD Gombak di takian 03-61262222,” ujarnya.

Terdahulu, tular satu rakaman video kemalangan membabitkan seorang pejalan kaki yang telah dilanggar oleh sebuah motosikal ketika hendak melintas jalan.

Menerusi rakaman berdurasi 22 saat tersebut, motosikal ditunggang seorang lelaki tidak sempat mengelak wanita berkenaan yang dilihat sedang berlari anak sewaktu melintas jalan.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI