fbpx

Murid Terengganu terjejas banjir dibenar berpakaian biasa ke sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Guru-guru membersihkan banjir di SK Tengku Ampuan Intan, Hulu Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Murid dan pelajar Terengganu yang terjejas banjir gelombang ketiga diberi kelonggaran berpakaian biasa sewaktu sesi persekolahan dibuka semula pada Selasa depan.

Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Pengurusan Sekolah) Terengganu, Azman Othman @ Abdullah berkata, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) bersimpati dengan kemusnahan besar dialami mangsa terjejas ekoran musibah banjir berkenaan.

“Kami sedia maklum sebahagian murid dan pelajar tidak mempunyai lagi pakaian seragam untuk ke sekolah akibat rosak sewaktu banjir.

“Mereka boleh hadir ke sekolah dengan berpakaian biasa asalkan sopan dan sesuai pada Selasa nanti (sewaktu sesi persekolahan dibuka),” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Banjir gelombang ketiga yang melanda Terengganu bermula 23 Disember lalu telah menjejaskan lebih 11,000 penduduk di kesemua lapan daerah di negeri ini.

Setakat ini, lebih 700 mangsa masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah iaitu Dungun, Kuala Nerus dan Marang.

Dalam perkembangan sama, Azman berkata, kerja-kerja pembersihan sekolah-sekolah yang dinaiki air dan dijadikan PPS sedang giat dijalankan.

Beliau berkata, setakat ini, lima sekolah masih dijadikan PPS iaitu empat di Dungun dan sebuah di Marang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI