fbpx

Empat penagih dadah aktif pecah rumah, curi kenderaan ditangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perodua Viva dalam keadaan beberapa komponen telah dileraikan yang disembunyikan oleh suspek dalam kawasan semak di tepi Jalan Permyjaya By Pass, iaitu disyaki kenderaan curi.

MIRI – Polis berjaya menangkap sekumpulan penagih dadah yang aktif melakukan jenayah pecah rumah dan curi kenderaan di sini.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata kesemua suspek dicekup oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri di tepi jalan hadapan sebuah rumah tidak bernombor Pujut 8, di sini kira-kira pukul 3 petang, 26 Disember lalu.

Katanya hasil soal siasat awal ke atas kesemua lelaki tempatan berumur dalam lingkungan 22 sehingga 50 tahun itu membawa kepada penemuan sebuah kenderaan jenis Perodua Viva dalam keadaan beberapa komponen telah dileraikan yang disembunyikan dalam kawasan semak di tepi Jalan Permyjaya By Pass, iaitu disyaki kenderaan curi.

“Modus operandi kumpulan ini adalah mensasarkan rumah yang tiada penghuni dengan memecah masuk ke rumah dan mencuri kenderaan. Apabila sesuatu sasaran dikenal pasti, kumpulan ini akan memecah masuk dengan menggunakan pelbagai cara antaranya dengan mengumpil pintu rumah.

“Setelah berjaya memecah masuk rumah, kumpulan ini menyasarkan barang-barang berharga dan melarikan kenderaan yang diletakkan di hadapan rumah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata hasil saringan ujian air kencing ke atas kesemua suspek mendapati positif dadah jenis methamphetamine dan semakan rekod lampau mendapati kesemua mereka mempunyai pelbagai kesalahan jenayah termasuk penyalahgunaan dadah.

Justeru, Alexson berkata dengan tertumpasnya kumpulan berkenaan, pihaknya telah menyelesaikan beberapa kes pecah rumah dan curi kenderaan di sekitar daerah ini yang melibatkan nilai keseluruhan kerugian dianggarkan RM18,000.

Beliau berkata kesemua suspek telah direman selama empat hari bermula 27 Disember lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI