fbpx

Dua wanita antara dicekup aktif curi motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barangan yang dirampas susulan tangkapan empat warga tempatan aktif curi motosikal di Jalan Bukit Kemuning, Batu Lapan, semalam.

AMPANG JAYA – Polis menahan dua lelaki dan dua wanita selepas disyaki terlibat dalam beberapa siri kes kecurian motosikal di beberapa daerah di Selangor, semalam.

Tangkapan pada pukul 1.25 petang itu melibatkan suspek yang berusia lingkungan 28 hingga 49 tahun yang dipercayai aktif mencuri motosikal sejak tiga bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, siasatan dijalankan susulan terdapat laporan melibatkan kehilangan motosikal milik seorang individu di kawasan parkir Kampung Tasik Permai, di sini, 26 Disember lalu.

“Mangsa sebelum itu meletakkan motosikal jenis Yamaha Y125ZR di lokasi berkenaan kira-kira pukul 4.30 pagi sebelum mendapati motosikalnya itu tiada kira-kira pukul 9.30 pagi.

“Mangsa sebelum itu cuba mencari motosikalnya di sekitar kawasan terbabit sebelum membuat laporan polis berhubung kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Azam, siasatan dijalankan kemudiannya membawa kepada penangkapan empat individu di Jalan Bukit Kemuning, Batu Lapan, semalam

“Kesemua suspek diberkas sepasukan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Ampang Jaya terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita berumur antara 28 tahun hingga 49 tahun.

“Hasil pemeriksaan mendapati, suspek yang tidak bekerja itu diberkas setelah dipercayai terlibat dalam kecurian motosikal berkenaan,” katanya.

Menurutnya, semakan dijalankan mendapati tiga daripada empat suspek memiliki pelbagai rekod jenayah lampau.

“Polis turut merampas empat buah motosikal, topi keledar, pelbagai peralatan disyaki digunakan untuk mencuri, telefon bimbit, komputer riba dan pelbagai komponen motosikal.

“Semakan terhadap motosikal yang dirampas dapati masih dilaporkan hilang di dalam negeri Selangor melibatkan daerah Ampang, Serdang dan Sepang,” katanya.

Mohd Azam berkata, modus operandi kesemua suspek adalah mereka menyasarkan motosikal yang diletakkan di kawasan terbuka.

“Kesemua susoek yang diberkas kini direman empat hari bagi siasatan di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” katanya.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI