fbpx

Lima projek baharu atasi banjir di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (kanan) menyantuni mangsa banjir yang berlindung di SMKA Lati, Pasir Mas hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

PASIR MAS – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan lima projek baharu bernilai RM910.5 juta bagi mengatasi masalah banjir yang melanda negeri ini setiap tahun.

Menurutnya, keutamaan itu diberikan berikutan rakyat Kelantan terpaksa menanggung kesan yang besar akibat bencana alam itu berbanding negeri lain dan kesemua lima projek baharu itu akan bermula pada awal tahun depan.

“Selain itu, kerajaan konsisten untuk meneruskan 18 projek yang sedang dalam pelaksanaan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang bermula ketika inu sehingga tahun hadapan melibatkan peruntukan sebanyak RM2.42 bilion.

“Sebahagian daripada projek itu akan disiapkan lebih awal selain terdapat dua lagi projek baharu yang akan dilaksanakan mulai bulan depan iaitu Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok Fasa 3 dan PLSB Sungai Kelantan Fasa 2,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Agama (SMKA) Lati, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar memberitahu, unjuran projek-projek dilaksanakan perlu juga melihat kepada keupayaan kerajaan kerana ia melibatkan perbelanjaan besar termasuk kelulusan RM800 juta untuk PLSB Rantau Panjang Fasa 2. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI