fbpx

Mangsa banjir di 6 negeri menurun kepada 25,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan pekan Rantau Panjang yang dinaiki air susulan limpahan Sungai Golok baru-baru ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/ KOSMO!

PETALING JAYA – Mangsa banjir di enam negeri sehingga kini menunjukkan penurunan dengan jumlah seramai 25,729 mangsa membabitkan 7,719 keluarga.

Menerusi maklumat dipaparkan pada Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat pukul 2 petang, negeri-negeri yang terlibat adalah Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Johor dan Sabah.

Menurut info tersebut, Kelantan kekal mencatatkan jumlah tertinggi dengan 17,251 mangsa terdiri daripada 5,361 keluarga.

“Di Terengganu mangsa banjir berkurang sebanyak 1,885 orang dengan jumlah terkini adalah 8,119 mangsa terdiri daripada 2,258 keluarga.

“Sama juga seperti di Pahang, jumlah mangsa menunjukkan penurunan dimana hanya berbaki 23 keluarga terdiri daripada 78 mangsa.

“Mangsa di Sabah pula kekal dengan jumlah yang direkodkan pada pagi tadi dengan 169 mangsa terdiri daripada 46 keluarga,” katanya.

Dalam pada itu, di Johor sebanyak tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka melibatkan 108 mangsa terdiri daripada 30 keluarga manakala di Selangor, hanya satu PPS dibuka melibatkan empat mangsa terdiri daripada satu keluarga,” ujarnya.

Sehingga kini, jumlah PPS yang dibuka adalah sebanyak 163 dimana 86 PPS di Terengganu, Kelantan (67), Pahang (tiga), Sabah (tiga), Johor (tiga) dan Selangor (satu).

Terdahulu, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan berterusan tahap waspada di negeri Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin) dan Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) sehingga esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI