fbpx

Kajol, SRK diminta kembali ‘bercinta’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GANDINGAN SRK dan Kajol sentiasa ditagih peminat.

KEGILAAN peminat filem ikonik Kuch Kuch Hota Hai yang menggandingkan Shah Rukh Khan, Kajol dan Rani Mukerji masih membekas walaupun sudah 22 tahun berlalu.

Menurut Kajol, setiap kali ulang tahun penerbitan naskhah tersebut, sebilangan peminat akan mengirimkan pelbagai ucapan dalam laman sosial, bahkan ada kelompok tegar yang mengadakan perjumpaan sesama mereka.

Situasi terbabit membuktikan keunggulan filem arahan Karan Johar dalam dunia sinematik India apabila masih menjadi dambaan ramai di tengah kebanjiran naskhah baharu.

Malah, rata-rata peminat plot kisah sarat elemen cinta itu menaruh harapan agar Kajol berpasangan lagi dengan Raja Bollywood terbabit dalam filem lain.

“Ini adalah filem yang benar-benar bermakna dalam setiap aspek, dalam kehidupan dan dalam pawagam.

“Biarlah filem yang satu ini terus meninggalkan impak kepada penggemar sehingga generasi akan datang,” kata peminat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI