fbpx

Jari hancur selepas bakar mercun tamat tempoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Letupan berlaku secara tidak terkawal ketika kejadian. - X

JAKARTA, Indonesia – Seorang lelaki di daerah Merauke, wilayah Papua Selatan hilang jari akibat letupan selepas bermain mercun kembang bunga yang tamat tempoh, lapor laman berita Detik.

Jari lelaki bernama Juardi, 25, putus selepas dia menyalakan mercun itu di luar rumahnya pada malam Jumaat lalu.

“Letupan berlaku ketika mangsa sendiri menyalakan mercun. Ketika kejadian, mangsa menggunakan mercun tamat tempoh.

“Dia kini dirawat di hospital. Jarinya hancur selepas mercun itu meletup,” kata Ketua Pegawai Perhubungan Masyarakat Polis Merauke, Ahmad Nurung.

Ahmad menggesa orang ramai supaya lebih berhati-hari ketika bermain mercun pada malam tahun baharu. Beliau turut melarang penjual menjual mercun tamat tempoh kepada pelanggan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI