fbpx

Bintang filem Parasite, Lee Sun-kyun meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON filem popular Parasite, Lee sun-kyung meninggal dunia hari ini.

MENGEJUTKAN! Pelakon terkenal Korea, Lee Sun-kyun disahkan meninggal dunia selepas mayatnya ditemui di tempat letak kenderaan di Taman Waryong, Seoul, Korea Selatan pada pukul 10.30 pagi tadi.

Berita tersebut disahkan oleh Balai Polis Seongbuk Seoul selepas menerima panggilan daripada isterinya iaitu Jeon Hye-jin yang memaklumkan suaminya meninggalkan nota bunuh diri sebelum menghilang.

“Memandangkan dia disahkan meninggal dunia, dia tidak dibawa ke hospital,” kata seorang pegawai bomba yang menguruskan mayat.

Lebih mengukuhkan bintang filem popular Parasite itu mati disebabkan bunuh diri apabila pihak polis menjumpai sejenis arang beracun (charcoal-burning suicide) yang dipercayai digunakan untuk tujuan tersebut.

Sebelum ini, kecoh di negara melibatkan selebriti berusia 48 tahun itu yang terbabit dengan kes penyalahgunaan dadah marijuana di sebuah kelab malam di daerah Gangnam.

Bagaimanapun, Sun-kyun menafikan tuduhan terbabit semasa siasatan polis dan memaklumkan tidak mengetahui jenis pil yang diberikan oleh individu yang dikenali sebagai Mr. A adalah dadah.

Sebelum meninggal dunia, bapa kepada dua orang anak itu pernah bercadang untuk menjalani ujian pengesan pembohongan (lie detector test) menerusi peguamnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI