fbpx

Pekerja ladang temui bom lama saiz tong gas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penemuan bom lama dipercayai tinggalan Perang Dunia Kedua di kawasan ladang di Jelai, Gemas, petang tadi.

TAMPIN – Rutin harian seorang pekerja membersihkan ladang di Jelai, Gemas, di sini petang tadi bertukar cemas dengan penemuan bom lama dipercayai tinggalan Perang Dunia Kedua.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Tampin, Deputi Superintenden Amiruddien Sariman, anggota Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) menerima maklumat daripada orang awam pada pukul 6.30 petang yang menyatakan dia menjumpai objek menyerupai bom lama yang menyamai tong bas.

“Bertindak atas maklumat, Ketua Polis Balai Gemas bersama anggota pergi ke lokasi. Anggota segera memasang tali garisan polis bagi memaklumkan kawasan tersebut adalah kawasan larangan dan berbahaya.

“Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan dan IPD Tampin akan melaksanakan proses pemusnahan bom esok,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Orang awam dinasihatkan supaya tidak menghampiri kawasan tersebut bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak dingini berlaku sehingga objek tersebut dimusnahkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI