fbpx

Mangsa banjir di empat negeri hampir 20,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jumlah keseluruhan mangsa banjir di empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor sehingga kini mencatatkan seramai 19,270 orang merangkumi 5,579 keluarga.

Menerusi maklumat dipaparkan pada Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), angka tertinggi ialah di Kelantan dengan 12,111 mangsa diikuti Terengganu iaitu 6,451 mangsa.

“Seterusnya di Pahang pula melibatkan 704 mangsa, manakala di Selangor dengan empat mangsa banjir dilaporkan.

“Dalam masa sama, sebanyak 205 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka sehingga kini,” menurut data dikongsikan pada laman web Info Bencana JKM malam ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI