fbpx

Kes curi RM85,000 Op ‘Little Dhaka’, tiga polis disambung reman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan ketika berucap pada sidang akhbar khas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, hari ini.

KUALA LUMPUR – Tempoh tahanan reman tiga anggota polis dipercayai terlibat kes kecurian wang tunai berjumlah RM85,000 dalam operasi khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Jalan Silang, di sini, Khamis lalu disambung bagi siasatan lanjut.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan terhadap dakwaan tersebut di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Tegas beliau, polis tidak akan melindungi terhadap mana-mana anggota dan pegawai yang ditomah berkaitan apa-apa dakwaan.

“Tempoh reman mereka (tiga) tamat hari ini namun kita akan minta sambung.

“Saya nak tegaskan bahawa kita buat serbuan pada 21 Disember dan mendapat maklumat ada insiden tiga anggota terbabit, kita terus siasat dan buat tangkapan jadi tiada isu hendak lindungi anggota atau pegawai.

“Saya mengambil penegasan Ketua Polis Negara (Tan Sri Razarudin Hussain) bahawa polis tidak akan bertolak ansur dan melindungi mana-mana anggota yang ditomah, kalau ada asas kita tangkap,” katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman hari ini.

Ayob nerkata, pihaknya akan melengkapkan siasatan sebelum kertas siasatan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP).

“Kita akan sambung reman, kemudian akan lengkapkan siasatan berkaitan kes ini,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid ketika dihubungi berkata, ketiga-tiga anggota terbabit disambung reman sehingga 29 Disember ini.

“Mereka disambung empat hari sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan,” katanya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, Allaudeen mengesahkan tiga anggota direman empat hari bagi membantu siasatan dalam kes curi duit RM85,000 dalam operasi khas PDRM di Lebuh Pudu.

Allaudeen dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan pada pukul 12.36 tengah malam pada 22 Disember lalu berkaitan kehilangan wang tersebut.

Susulan itu, katanya, seramai tiga anggota polis berusia lingkungan 26 tahun hingga 35 tahun yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut ditahan.

Jumaat lalu, tular laporan polis berkaitan kes kehilangan wang RM85,000 didakwa dicuri anggota polis yang terlibat dalam operasi tersebut daripada sebuah premis di Lebuh Pudu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI