fbpx

Bayi tampar bapa berdengkur geram bising

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bayi itu menampar bapanya bagi menghentikan bunyi dengkuran. - Metro UK

BEIJING – Seorang bayi di China dirakam menampar muka bapanya beberapa kali akibat tidak tahan dengan bunyi dengkuran kuat pada waktu malam, lapor laman berita Victoria Advocate semalam.

Rakaman kejadian yang berlaku di wialayah Guizhou itu tular di media sosial baru-baru ini. Sepasang suami isteri dirakam tidur bersama bayi mereka di atas sebuah katil pada waktu malam.

Sebaik sahaja mendengar bunyi dengkuran, bayi berusia 15 bulan itu bangun lalu memukul wajah bapanya yang sedang tidur.

Tindakan bayi itu berkesan seketika namun dia kembali tersedar selepas bapanya berdengkur semula. Selepas beberapa kali menampar bapanya, ibunya tersedar dan ketawa. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI