fbpx

Banjir: Toyota Yaris terbabas dalam longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta jenis Toyata Yaris yang terbabas di dalam longkang berhampiran jambatan Air Hitam, Kuantan.

KUANTAN – Tular satu video berdurasi 1 minit 32 saat memaparkan sebuah kereta jenis Toyota Yaris terbabas jatuh ke dalam longkang ketika melalui jalan yang dinaiki air di Kampung Air Hitam, di sini.

Difahamkan, kejadian terbabit berlaku kira-kira jam 7.45 pagi di mana kenderaan tersebut dikatakan terbabas ketika melalui jalan tersebut.

Bagaimanapun, berdasarkan kenyataan perakam yang tidak dapat dikenal pasti, pemandu berkenaan dalam keadaan selamat.

Perakam terbabit turut menyatakan keadaan air sungai di jambatan Air Hitam semakin meningkat setinggi 1.5 meter sehingga membanjiri laluan perkampungan tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian.

“Mangsa merupakan seorang lelaki berusia 26 tahun. Mangsa memandu seorang diri ketika kejadian dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI