fbpx

Banjir: Mangsa di Kelantan melonjak 12,572 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa banjir di Mukim Apam Gual Periok, Rantau Panjang yang dipindahkan ke PPS awal pagi tadi. FOTO IHSAN BOMBA

KOTA BHARU – Jumlah mangsa banjir di Kelantan melonjak kepada 12,572 orang hari ini berbanding 11,959 orang susulan hujan berterusan melanda kebanyakan kawasan semalam.

Sekreteriat Pengurusan Bencana Kelantan dalam satu kenyataan berkata, setakat pukul 8 pagi tadi, jumlah itu melibatkan sebanyak 3,860 buah keluarga yang ditempatkan di 82 pusat pemindahan sementara (PPS).

Menurutnya, tujuh daerah di negeri ini sudah terjejas banjir iaitu Pasir Mas, Tanah Merah, Jeli, Machang, Kuala Krai, Gua Musang dan Kota Bharu.

“Daripada jumlah itu, Pasir Mas mencatatkan jumlah mangsa banjir paling ramai dengan 7,210 orang diikuti Kuala Krai (2,566), Tanah Merah (1,783), Machang (462), Gua Musang (271), Jeli (255) dan Kota Bharu (25).

“Setakat ini, tiga daerah masih belum terjejas banjir iaitu Tumpat, Pasir Puteh dan Bachok,” katanya.

Menurut kenyataan itu, paras air Sungai Kelantan di Tangga Krai dan Sungau Golok di Rantau Panjang masih mencatatkan paras bahaya.

Katanya, selain itu, bacaan Sungai Kelantan di Sungai Nal, Sungai Golok (Empangan Bukit Kwong) dan Sungai Semerak (Pasir Puteh) berada pada tahap amaran.

“Sungai-sungai lain di Kelantan ketika ini berada pada paras berjaga-jaga,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI