fbpx

Pengunjung car boot sale jumpa mayat berbau busuk dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai gempar apabila menemui mayat seorang lelaki bersama nota di dalam kereta Perodua Bezza di car boot sale Damansara, Kota Damansara, Petaling Jaya, pagi semalam.

PETALING JAYA – Penemuan mayat seorang lelaki di dalam sebuah kereta telah menggemparkan pengunjung serta peniaga di tapak jualan but kereta (car boot sale) Damansara, Kota Damansara, di sini, pagi semalam.

Menurut saksi, mayat tersebut sudah berada dalam keadaan mengembung serta berbau busuk dipercayai sudah meninggal dunia lebih daripada satu hari.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh @hammerbesi49 di laman TikTok, mangsa dipercayai sudah empat hari meninggal dunia dan berada di lokasi kejadian.

“Patutlah semalam tidur sini ada bau lain macam. Rupanya ada orang meninggal dunia. Nasib baik sudah habis berniaga,” katanya di ruangan kapsyen.

Menurut hantaran lain di laman TikTok, mangsa juga telah meninggalkan sekeping nota yang meminta orang ramai menghubungi ahli keluarganya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menyuarakan rasa terkejut dengan penemuan tersebut.

“Baru dua hari lepas jumpa mayat dalam longkang di Kota Damansara. Hari ini ada lagi,” kata @nrftna.

“Makin meningkat kes kematian, hati-hati semua,” kata @ismalzx.

“Habislah orang tak mahu datang car boot sale ni lagi,” kata Fatin.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI