fbpx

Polis beli makanan, minuman untuk tahanan dalam van

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG anggota polis membelikan makanan dan minuman di sebuah pasar mini di Sulawesi, baru-baru ini. - Foto TikTok

JAKARTA – Seorang anggota polis dirakam membeli makanan dan minuman di sebuah pasar mini untuk beberapa tahanan yang sedang menunggu di dalam van di Sulawesi, lapor laman berita Tribun Jabar hari ini. 

Perbuatan tersebut dirakam menerusi video yang kemudian dimuat naik di aplikasi TikTok menerusi akaun@satresnrkoba_konsel.

Ketika anggota polis tersebut tiba di van, wajah kesemua tahanan kelihatan ceria sebelum dia menyerahkan makanan dan minuman kepada mereka.

Setelah selesai memberikan barangan itu, seorang tahanan cuba membantu anggota polis berkenaan dengan menutup kembali pintu van sehingga ia dikunci.

Dalam keterangan video tersebut, polis berkenaan dikatakan memenuhi permintaan tahanan yang mahu menikmati makanan dan minuman sebelum dihantar ke penjara.

“Permintaan tahanan sebelum masuk ke penjara. Singgah dahulu cari yang segar-segar (minuman) di pasar mini,” tulis keterangan video tersebut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI