fbpx

UFO terbang dekat pesawat bawa Presiden AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah UFO (dalam bulatan) terbang dekat pesawat yang membawa Biden di Los Angeles pada 10 Disember lalu. - Foto LA FLIGHTS/YouTube

WASHINGTON  – Sebuah objek terbang tidak dikenali (UFO) terbang di atas sebuah pesawat yang membawa Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden di Los Angeles pada 10 Disember lalu, lapor portal berita MailOnline.

Dua orang peminat pesawat rasmi Presiden AS yang dikenali sebagai Air Force One, berjaya merakam UFO  berwarna putih dan perak itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles (LAX). 

Kejadian aneh itu juga dilihat oleh sejumlah saksi lain.

Kedua-dua individu yang mengesan UFO itu dikenali sebagai Joshua dan Peter Solorzano. Mereka membuat penemuan itu di LAX pada waktu pagi dengan harapan dapat merakam  pesawat Air Force One.

Mereka kemudian mengesan UFO yang  sedang bergerak ketika membuat rakaman dengan Solorzano berkata:  “Ia bergerak. Ia bukan bintang. Saya beritahu anda, UFO itu terbang dari lautan. Amat ganjil.” 

Sementara itu, penulis skrip berusia 37 tahun dari kejiranan Palms di Los Angeles, Chris Cullari  turut melihat objek sama kira-kira pukul 12.30 tengah hari (waktu tempatan) semasa dia berjalan untuk menaiki kereta api. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI