fbpx

Pelaburan Jepun bukti keyakinan terhadap Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Keputusan syarikat-syarikat Jepun untuk melabur kira-kira RM6.56 bilion akan meningkatkan pelaburan Jepun di Malaysia sekurang-kurangnya RM30 bilion tahun ini, mencerminkan keyakinan Jepun terhadap masa depan Malaysia.

Menurut kenyataan dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri, hari ini, pelaburan bernilai tinggi ini akan mewujudkan pekerjaan berkualiti tinggi yang sama rata untuk lebih ramai rakyat Malaysia.

Katanya, ia selaras dengan keutamaan kerajaan di bawah kerangka Ekonomi Madani dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).

“Setinggi-tinggi penghargaan kami ucapkan kepada kesudian Jepun untuk bersama-sama dengan kita dalam membina semula Malaysia.

“Saya yakin masa depan kita bersama pada 2024. Kerangka Ekonomi Madani menzahirkan kemakmuran bersama untuk semua yang komited terhadap agenda transformasi Kerajaan Madani.

“Saya optimistik sekiranya jika semua rakyat bersatu dan bekerjasama dalam merealisasikan wawasan ini, tiada cabaran yang tidak dapat kita atasi,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada lawatan kerja Anwar selama enam hari bermuala 16 Disember di Tokyo, Jepun pada Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Jepun beliau turut mengadakan mesyuarat bersemuka dengan syarikat Jepun RoHM Wako, NEC Co. Ltd. (Toshiba), dan Mitsui & Co. Ltd.

Selain itu, Perdana Menteri turut menghadiri persidangan meja bulat dengan 25 syarikat Jepun, yang menzahirkan minat untuk meningkatkan pelaburan mereka di Malaysia.

Semasa lawatan kerja itu juga kata kenyataan itu, hubungan diplomatik Jepun–Malaysia akan diperkukuh lagi melalui status Perkongsian Strategik Komprehensif dengan kerjasama penting ini dikhaskan untuk hubungan strategik bersama Jepun.

Jelas kenyataan itu lagi, di bawah jalinan perhubungan baharu yang diperkukuh ini, kerjasama antara Jepun dan Malaysia dijangka berkembang luas, merentasi bidang ekonomi, pertahanan, sains, teknologi, inovasi, alam sekitar dan budaya.

“Produk pertama hasil Perkongsian Strategik Komprehensif baharu ialah Geran Bantuan Program Peningkatan Kapasiti Keselamatan (OSA) sebanyak 400 juta yen (RM13 juta) daripada Jepun untuk meningkatkan keselamatan maritim Malaysia.

“Ini adalah tambahan kepada pakatan kerjasama yang ditandatangani antara Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dan Agensi Eksplorasi Aeroangkasa Jepun (JAXA),” ujar kenyataan itu.

Sebagai rekod, ini merupakan lawatan pertama Anwar ke Jepun sejak menjadi Perdana Menteri pada 24 November tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI