fbpx

EPL: Peluang Aston Villa kuasai puncak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VILLA berpeluang untuk menikmati puncak liga sekiranya berjaya menewaskan Sheffield dan mengharapkan aksi Arsenal dan Liverpool berakhir seri. - AFP

LONDON – Aston Villa dilihat memiliki peluang yang cerah untuk melakar kejutan muncul pendahulu saingan Liga Perdana Inggeris minggu ini ketika mereka bakal melayan kunjungan Sheffield United di Villa Park awal pagi esok.

Skuad kendalian Unai Emery itu sedang menikmati separuh musim yang cukup mengujakan apabila berada di kedudukan ketiga dengan mengumpul 38 mata hasil 12 kemenangan dalam 17 aksi setakat ini.

Aksi di laman sendiri menentang Sheffield pula seakan memberikan kelebihan buat Villa apabila musim ini menyaksikan mereka berjaya mencatat 15 kemenangan daripada 16 perlawanan di Villa Park.

Situasi ketika ini menyaksikan Villa berkongsi mata dengan Liverpool yang berada di kedudukan kedua, manakala hanya ketinggalan satu mata berbanding Arsenal yang muncul sebagai pendahulu ketika kedua-dua pasukan berkenaan akan berentap awal pagi Ahad nanti.

Sekiranya perlawanan antara Liverpool dan Arsenal berkesudahan dengan keputusan seri, Villa bakal menerajui takhta liga sekiranya mencatat kemenangan ke atas Sheffield sekali gus ia kali pertama selepas kali terakhir mereka melakukannya pada musim 1998/99.

Justeru, Emery menggesa para pemainnya turun memberikan aksi terbaik menentang Sheffield dan memastikan kemenangan untuk terus memperbaiki kedudukan serta mempertahankan rekod cemerlang mereka di tempat sendiri.

“Ketika kami tewas berdepan Nottingham Forest sebelum ini, mesej yang diberikan kepada pemain adalah jelas bahawa kami perlu teruskan perjuangan. Ketika kami seri menentang Bournemouth, ia baik kerana dapat satu mata, tetapi ia tidak membuatkan kami selesa.

“Menentang Sheffield di tempat sendiri akan menjadi cabaran baharu. Kami perlu terus konsisten untuk tempoh 38 perlawanan musim ini. Kami berada di perlawanan ke-17 dan ada dua lagi perlawanan sebelum separuh musim berakhir,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI