fbpx

Wanita keldai akaun sindiket pelaburan Crypto diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek diberkas selepas disyaki menjadi keldai akaun sindiket penipuan dalam urusan pelaburan Crypto yang tidak wujud, semalam.

GEORGE TOWN – Seorang wanita ditahan polis selepas disyaki menjadi keldai akaun sindiket memperdaya mangsa dalam penipuan urusan pelaburan Crypto yang tidak wujud sehingga mangsa berdepan kerugian RM459,972.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, suspek wanita berusia 36 tahun itu ditahan di Sungai Petani, Kedah semalam bagi membantu siasatan.

“Mangsa telah membuat beberapa transaksi secara berperingkat ke dalam 10 akaun bank yang berbeza dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM459,972,” katanya di sini, petang ini.

Dalam perkembangan lain, Kamarul Rizal berkata, seorang lelaki berusia 59 tahun ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Barat Daya kerana menjadi keldai akaun sindiket memperdaya mangsa dalam penipuan peluang pekerjaan sambilan melalui dalam talian yang tidak wujud.

“Mangsa telah membuat beberapa transaksi ke lima penama akaun bank yang berbeza dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM28,800 untuk mendapatkan komisen. Lelaki tersebut ditahan di Kangar, Perlis bersangkut laporan polis di Bayan Lepas,” katanya. . -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI